SARAWAK: Hebahan Panggilan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 Bagi Pengisian Di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Merujuk kepada iklan pada 01 Oktober – 31 Oktober 2024 yang lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9, (DH41 SSM) lantikan secara Kontrak (Interim) di Pusat Temu Duga SPP, Sarawak pada 21 Januari 2025.
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/
Bagi calon yang menerima paparan keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak melepasi tapisan dan tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.
PERHATIAN!!
- Calon-calon yang memiliki Sijil Kompetensi/ Sijil Profesional dikehendaki membawa bersama sijil asal beserta salinan semasa menghadiri sesi temu duga.
- Calon-calon yang memiliki pengalaman kerja diingatkan untuk melengkapkan ruangan ‘Pengalaman Kerja’ pada Borang Maklumat Calon yang dilampirkan.
PERINGATAN!!
- Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:
Urusan Pengambilan Urus Setia Cawangan Sarawak
Talian: 082 – 537 011 / 015 / 017 / 018
Waktu Operasi: (Isnin – Jumaat) 9.00 pagi – 4.00 petang
Rehat: (Isnin – Khamis) 1.00 – 2.00 petang ; (Jumaat) 11.45 – 2.15 petang