Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Selaras dengan keputusan Kerajaan agar semua lantikan tetap baharu dilaksanakan secara lantikan Kontrak (Interim), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan mula melaksanakan urusan pengambilan pegawai baharu secara lantikan Kontrak (Interim) pada 1 Mac 2024.

Justeru, SPP akan melaksanakan urusan temu duga lantikan Kontrak (Interim) ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2024 seperti berikut:

  1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang akan memperoleh keputusan senat pada Julai 2024; dan
  2. Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) yang telah bergraduat pada Disember 2023

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga di SINI.

Sebarang pertanyaan, calon boleh berhubung melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi talian di bawah :

Urusan Pengambilan   03 – 8893 4019
 03 – 8893 4020
 Isnin – Khamis:  9.00 pagi – 1.00 petang
   2.00 petang – 4.00 petang
 Jumaat:

 9.00 pagi – 4.00 petang