Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Tawaran pelantikan calon simpanan ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon-calon graduan pendidikan yang telah ditemu duga pada tahun 2023 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

  1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 5 April 2024.
  1. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
  1. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada  5 April 2024 melalui pautan berikut:
  1. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian di bawah:

Ibu Pejabat

:

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Urus Setia SPP Sarawak

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Urus Setia SPP Sabah

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut:

Isnin - Khamis  : 9.00 pagi – 1.00 petang
: 2.00 petang – 4.00 petang
Jumaat  : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
: 2.45 petang – 4.00 petang