Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Tawaran pelantikan calon simpanan ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon-calon graduan pendidikan yang telah ditemu duga pada tahun 2023 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 24 Februari 2024. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian di bawah:

Urusan Pengambilan

03 – 8893 4019

03 – 8893 4020

Isnin – Khamis:

9.00 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 4.00 petang

Jumaat:

9.00 pagi – 12.15 tengah hari

2.45 petang – 4.00 petang