Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga lantikan tetap ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon-calon yang telah diperakukan oleh KPM Tahun 2023.

Temu duga ini akan bermula 29 Januari 2024 hingga 15 Februari 2024 melibatkan program-program seperti berikut:

BIL

NAMA PROGRAM

PUSAT

TEMU DUGA

1

Guru Contract Of Service (COS) Lantikan Secara One-Off Tahun 2022

PUTRAJAYA

SABAH

SARAWAK

2

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Awam Tajaan KPM Tamat 2023

3

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – Perakuan Semula

4

Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas (SLTKPK) Ambilan Oktober 2022

PUTRAJAYA

5

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Korea Ambilan Oktober 2022

6

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jerman Ambilan Oktober 2022

7

Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam Ambilan Oktober 2022:

PUTRAJAYA

SABAH

8

Guru Contract Of Service (COS) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK):

a) Sekolah Menengah Akademi Islam Darul Iman, Kedah

b) SMU (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah (SABK), Kelantan

c) Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ulum, Kelantan

d) Sekolah Rendah Islahiah, Pahang

e) Madrasah Tarbiah Islamiah, Mentakab, Pahang

f) Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing, Johor

g) Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah, Pulau Pinang

h) Sekolah Rendah Islamiah, Tawau, Sabah

9

Guru Contract Of Service (COS) Fasa 1 Tahun 2020 – Perakuan Semula

 

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI

 

PERHATIAN :

i) Semua calon pusat temu duga Sabah perlu mendapatkan pengesahan salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

ii) Semua calon pusat temu duga Sarawak perlu mendapatkan pengesahan salinan Kad Pengenalan dan Cabutan Sijil Lahir Terkini daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian di bawah:

Urusan Pengambilan

03 – 8893 4019

03 – 8893 4020

Isnin – Khamis:

9.00 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 4.00 petang

Jumaat:

9.00 pagi – 12.15 tengah hari

2.45 petang – 4.00 petang