SARAWAK: HEBAHAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) GRED DH41 LANTIKAN SECARA KONTRAK (INTERIM) DI SARAWAK TAHUN 2024
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) lantikan secara Kontrak (Interim) bagi mengisi kekosongan di SARAWAK Tahun 2024.
Pemohon yang berminat perlu mengemaskini permohonan sedia ada atau mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem mySPP.
Maklumat bidang-bidang yang ditawarkan dan kelayakan akademik boleh disemak DI SINI.
TARIKH TUTUP IKLAN ADALAH PADA 31 OKTOBER 2024 (KHAMIS)
Peringatan:
- Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan boleh disemak DI SINI.
- Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
- Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:
SPP USC Sarawak
Talian Pengambilan: 082-537 011 / 015 / 017 / 018 / 006
Emel Pengambilan: