Alat Kebolehcapaian

 
webmel

HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN TETAP ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) GRED 19 & 11 PADA 15 SEHINGGA 23 NOVEMBER 2023 DI SARAWAK.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

 

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 01 Mac 2024.

  2. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
  1. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 01 Mac 2024 melalui pautan berikut:

Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan
Borang Pemeriksaan Perubatan

  1. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat seperti ketetapan berikut:

   Urusan Pengambilan
   Waktu Operasi
  Isnin - Khamis  :  9.00 pagi – 1.00 petang
   2.00 petang – 4.00 petang
  Jumaat  :  9.00 pagi – 11.45 tengah hari
   2.15 petang – 4.00 petang
   Talian
   082 - 537 011 / 015 / 017 / 018 / 006

 

 Note: This contents only available in Malay version.