Alat Kebolehcapaian

 
webmel

SARAWAK : Hebahan Panggilan Temu Duga Graduan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Pengambilan Tahun 2023 Di Negeri Sarawak

panggilan_temuduga.jpg

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Urus Setia Cawangan Sarawak (SPP USC Sarawak) akan melaksanakan Temu Duga Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi pelbagai opsyen tahun 2023 di negeri Sarawak.

Calon membuat semakan panggilan temu duga di SINI:

https://semakan.spp.gov.my/semakan/jadual_temuduga_view.php

PERHATIAN!!

Calon dikehendaki memastikan salinan Kad Pengenalan serta Sijil Lahir telah dikemaskini dan dicop sah benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri temu duga.

Sila sahkan kehadiran melalui pautan yang telah dihantar melalui SMS kepada calon yang dipanggil temu duga.

PERINGATAN!!

  1. Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat kelayakan akademik yang dikemukakan oleh calon.
  1. Hanya calon yang MEMILIKI IKHTISAS PENDIDIKANTELAH MENAMATKAN PENGAJIAN & MEMPEROLEH KEPUTUSAN SENAT UNIVERSITI sahaja yang layak menghadiri temu duga.
  1. Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat kelayakan akademik yang tidak memenuhi kriteria di atas, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dikemukakan melalui laman web https://forms.gle/WQ1oA3HWGC7e7rxYA atau menghubungi Unit Pengambilan SPP USC Sarawak di talian 082-537 011 / 015 / 017 / 018.