Alat Kebolehcapaian

 
webmel

keputusan td ppp 1

Hebahan Keputusan Temu Duga Graduan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Tahun 2022 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 20 September 2022 – 10 November 2022.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

Bagi calon-calon opsyen Bahasa Inggeris, calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan CEFR C1 atau MUET Band 5, boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 3 Mac 2023. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. my.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut :

Isnin - Khamis 9.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.00 petang
Jumaat 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
Urusan Pengambilan 03 - 8893 4019
03 - 8893 4020