Alat Kebolehcapaian

 
webmel
 

panggilan td ppp

Merujuk kepada iklan permohonan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 dan Gred DH29 pada 29 September 2023 lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga bagi pengambilan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 dan Gred DH29 Tahun 2023 di Semenanjung pada 28 November 2023.

Sehubungan itu, calon-calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.

PERINGATAN

  1. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  2. Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

Urusan Pengambilan 03 – 8893 4019
03 – 8893 4020
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
2.45 petang – 4.00 petang