Hebahan Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 Dan Gred DH29 Di Semenanjung Tahun 2023
Hebahan Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 Dan Gred DH29 Di Semenanjung Tahun 2023 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 28 November 2023.
Calon-calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
Nota : Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 26 Januari 2024. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.
Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kepada calon-calon yang berjaya.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
Urusan Pengambilan | 03 – 8893 4019 |
03 – 8893 4020 | |
Isnin – Khamis : | 9.00 pagi – 1.00 petang |
2.00 petang – 4.00 petang | |
Jumaat : | 9.00 pagi – 12.15 tengah hari |
2.45 petang – 4.00 petang |