Alat Kebolehcapaian

 
webmel

11

PELAKSANAAN URUSAN TEMU DUGA BAGI GRADUAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 UNTUK PENGAMBILAN TAHUN 2022 BAGI SEMENANJUNG (SIRI KEENAM)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan melaksanakan urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk pengambilan tahun 2022 bagi Semenanjung.

Urusan temu duga Siri Terakhir di Semenanjung yang akan diadakan di Putrajaya melibatkan calon-calon yang memilih pusat temu duga di negeri-negeri berikut:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  2. Perak
  3. Selangor
  4. Negeri Sembilan
  5. Melaka
  6. Johor

Opsyen – opsyen terlibat adalah seperti berikut :

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Reka Cipta
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Keenam) di SINI.

SPP berhak untuk tidak menemuduga calon-calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan jawatan seperti yang digariskan di dalam iklan bertarikh 13 Mei 2022. Calon juga diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.