Alat Kebolehcapaian

 
webmel

11

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sedang melaksanakan urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk pengambilan tahun 2022 bagi Semenanjung.

Urusan temu duga Siri Keempat yang akan diadakan di Putrajaya melibatkan calon-calon yang memilih pusat temu duga di negeri-negeri berikut:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  2. Perak
  3. Selangor
  4. Negeri Sembilan
  5. Melaka
  6. Johor

Opsyen – opsyen terlibat adalah seperti berikut :

  1. Pendidikan Khas
  2. Pendidikan Islam
  3. Pra Sekolah

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Keempat) di SINI.

Calon boleh menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga. SPP berhak untuk tidak menemuduga calon-calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan jawatan seperti yang digariskan di dalam iklan bertarikh 13 Mei 2022.

Bagi temu duga opsyen-opsyen dan lokasi lain, jadual akan dihebahkan secara berasingan dari semasa ke semasa.