Hebahan Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 Dan Gred DH29 Tahun 2022 (Semenanjung)
Keputusan temu duga bagi pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 dan Gred DH29 Tahun 2022 (Semenanjung) bagi calon-calon yang telah ditemu duga pada 14 September 2022 boleh disemak DI SINI.
Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 30 Disember 2022. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.
Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada calon-calon yang berjaya.