Temu duga ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon PISMP IPGM bagi tagging SJKC akan dilaksanakan di Putrajaya pada 16 Ogos 2017. Calon boleh menyemak maklumat panggilan temu duga di sini. Calon adalah diingatkan untuk membawa dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak yang telah ditetapkan.
Calon juga adalah dimohon untuk membawa alat tulis (pensil 2B dan pemadam) bagi tujuan ujian bertulis.
Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi calon SIMPANAN Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Awam untuk sesi temu duga yang dilaksanakan pada 3 hingga 11 November 2016 boleh disemak di sini.
Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.
*Calon-calon yang berjaya adalah dimohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Urus Setia Cawangan Sabah dan SPP Urus Setia Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing.
Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.
Temu duga ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon PISMP IPGM di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak bagi tagging SJKT akan dilaksanakan pada 19 hingga 20 Julai 2017. Calon boleh menyemak maklumat panggilan temu duga di sini. Calon adalah diingatkan untuk membawa dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak yang telah ditetapkan.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) lepasan Universiti Awam yang telah menamatkan pengajian adalah dimohon untuk mengisi dan mengemaskini JobsMalaysia dengan mengisi pengkhususan/opsyen yang tepat dan betul [contoh:PENDIDIKAN(MATEMATIK)]. Maklumat lanjut mengenai pengemaskinian JobsMalaysia boleh dilayari di portal.spp.gov.my atau di laman sesawang JobsMalaysia. Panggilan temu duga adalah berdasarkan kekosongan jawatan mengikut keperluan opsyen yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hanya graduan yang menepati unjuran kekosongan jawatan mengikut keperluan opsyen dan mengisi JobsMalaysia dengan pengkhususan/opsyen yang tepat dan betul sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Pengajar Interim untuk sesi temu duga yang dilaksanakan pada 17 Mei 2017 boleh disemak di sini. Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
*Calon-calon yang berjaya adalah dimohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh hebahan ini dibuat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Urus Setia Cawangan Sabah atau SPP Urus Setia Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dimohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.