Fungsi Urus Setia Cawangan
Melaksanakan urusan pengambilan di Sabah seperti berikut:
- Menguruskan permohonan dan urusan temu duga
- Menguruskan tawaran pelantikan
- Menyediakan maklumat berhubung penyiaran iklan permohonan sepanjang masa bagi jawatan yang berkaitan
- Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim perkhidmatan
Melaksanakan urusan perkhidmatan di Sabah seperti berikut:
- Menguruskan Pengesahan Pelantikan
- Menguruskan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Menguruskan Pelanjutan Tempoh Percubaan
- Menguruskan Pemberian Taraf Berpencen
- Menguruskan Pelantikan secara Pertukaran Sementara / Pertukaran Tetap / Peminjaman
- Menguruskan Penamatan Perkhidmatan
- Menguruskan Pertukaran Pelantikan
- Memberikan khidmat nasihat bagi pengurusan kes-kes perkhidmatan kepada pihak jabatan dan sekolah
Menguruskan hal ehwal pentadbiran cawangan dan sokongan logistik seperti berikut:
- Menguruskan hal-ehwal perkhidmatan, pengurusan personal, pengurusan prestasi dan tatatertib
- Merancang, melaksanakan dan memantau program latihan dalaman dan luaran
- Menguruskan kewangan cawangan
- Menguruskan aspek pentadbiran am pejabat, pengurusan aset, keselamatan, penyelenggaraan, keperluan logistik dan perhubungan awam
- Menyelaras pelaksanaan modul / submodul aplikasi HRMIS
Melaksanakan aktiviti pengurusan maklumat seperti berikut:
- Memastikan keselamatan dan kawalan ICT serta pematuhan terhadap Dasar Keselamatan ICT (DKICT) di peringkat cawangan
- Merancang dan menguruskan rangkaian dan aset fizikal ICT
- Memberi khidmat sokongan teknikal kepada warga kerja dan pemegang taruh yang menggunakan aplikasi perkhidmatan SPP