Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid
Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Jadual Gaji :
Peringkat Gaji Minimum (RM Sebulan) Gaji Maksimum (RM Sebulan) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM
P1 927.03 2,526.03 95.00
P2 985.15 2,662.93
P3 1,044.97 2,804.68
Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [Gaji permulaan P1 : RM927.03]; dan

d. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Taraf Jawatan : Tetap
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17  adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Fungsi Bidang / Tugas : Fungsi bidang tugas bagi Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 adalah seperti berikut:
  1. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah;
  2. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah;
  3. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih;
  4. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid; dan
  5. Pengurusan Murid Di Asrama.
PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEPANJANG MASA

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bagi lantikan yang mensyaratkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon yang menduduki SPM melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat- syarat seperti berikut :

  1. ulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

QR Code

  qr code
Now you can visit The Official Portal of Education Service Commission Malaysia (SPP) mobile version via Smartphone by using the SPP QR Code. You need to :
checked1  Download and install the QR Reader which is compatible with your smartphone.
checked1  Open QR Reader that has been installed and then scan the SPP QR code above
   using QR Reader application from your smartphone.
checked1  Next, you will be taken straight to the Official Portal of SPP mobile version.