Welcome to Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia   Click to listen highlighted text! Welcome to Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Powered By GSpeech

Xpert Slider

PERMOHONAN JAWATAN

Permohonan Jawatan di bawah pelantikan SPP adalah melalui JobsMalaysia.

Selamat Datang

"Pada 1 Januari 1974, SPP yang bertindak sebagai badan bebas telah ditubuhkan mengikut Perkara 141A(1) Perlembagaan Persekutuan"

Logo + W3C etc

A- A A+
blue color green color red color yellow color
logospp

Home

home

social+webmail+languange_copy (2)

Menu Web Personalization (3)

ePROPER

eProper2

Semakan
Atas Talian

atastalian2

Pemohon
Pekerjaan

pemohonpekerjaan2

Penjawat
Awam

penjawatawam2

Orang
Awam

orangawam2

Warga
SPP

wargaspp2

Definisi dan Istilah Dalam Urusan Pelantikan


Laman Utama > Definisi dan Istilah Dalam Urusan Pelantikan


DEFINISI DAN ISTILAH DALAM URUSAN PELANTIKAN

 

 BIL DEFINISI MAKSUD
 1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Tetap Merujuk kepada jawatan yang disandang oleh seseorang individu yang memenuhi syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan dilantik secara tetap dalam skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah seperti berikut:
  1. Memiliki kelayakan akademik Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan;dan
  2. 'Kepujian' Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia diperingkat SPM atau setaraf dengannya.

 2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sementara
Merujuk kepada jawatan yang disandang oleh seseorang individu yang memiliki kelayakan diploma atau ijazah beserta kelayakan perguruan dan dilantik secara sementara dalam skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

 3. Calon Meningkatkan Kelayakan (CMK)
Merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DGA29 yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa (Pengajian Jarak Jauh), memohon untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41. Terpakai penggunaan untuk lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada atau sebelum 31 Disember 2013 sahaja.  

 4. Calon Letak Jawatan
Merujuk kepada calon yang pernah berkhidmat secara tetap dan dilantik oleh empat Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang telah meletak jawatan dengan kebenaran melalui Ketua Jabatan dan memohon untuk pelantikan ke jawatan yang setara atau lebih tinggi dari gred sebelumnya.

 5. Calon Berpendidikan Jarak Jauh Calon dalam kategori Pegawai Sedang Berkhidmat, mengikuti pengajian di peringkat ijazah Pertama secara pengajian Jarak Jauh. Contohnya seperti calon Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB).

 6. Bekas Tentera/Polis  Merujuk kepada bekas Tentera / Polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik tanpa pencen serta memenuhi syarat Skim Perkhidmatan yang berkaitan.

 7. Calon Lantikan Pertama Merujuk kepada calon yang belum pernah berkhidmat secara tetap dengan kerajaan serta calon yang mempunyai kelayakan serta memenuhi syarat-syarat Skim Perkhidmatan yang ditetapkan.

 8. Calon Hadir Tidak Di Temu Duga bagi Temu Duga PPP Merujuk kepada calon yang hadir ke sesi temu duga pada tarikh yang ditetapkan tetapi tidak di temu duga kerana tidak membawa Kad Pengenalan.
 9. Calon Sedang Berkhidmat Merujuk kepada calon yang sedang berkhidmat di sektor kerajaan dan memohon untuk dilantik ke Skim Perkhidmatan yang lebih tinggi atau setara dengan gred asal.

 10. Calon Sekolah Agama Negeri (SAN) Merujuk kepada calon-calon yang sedang berkhidmat dalam Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah Agama Negeri. Mereka ini telah dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih oleh KPM dan dikemukakan kepada Suruhanjaya untuk dilantik tetap ke jawatan PPP berdasarkan kelayakan yang dimiliki. 

 11. Calon (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Merujuk kepada calon-calon yang sedang berkhidmat dalam Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Mereka ini telah dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih oleh KPM dan dikemukakan kepada Suruhanjaya untuk dilantik tetap ke jawatan PPP berdasarkan kelayakan yang dimiliki. Diantara mereka ada yang memasuki perkhidmatan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia secara tukar lantik oleh Suruhanjaya. 

 12. Program Pensiswazahan Guru Besar Program Pensiswazahan Guru Besar adalah satu program yang dianjurkan oleh KPM untuk memberi peluang kepada Guru-Guru Besar di Sekolah Rendah meningkatkan kelayakan dengan mengikuti kursus ijazah pertama di IPTA tempatan. 


Halaman 1                                                                                                                                    Seterusnya>>

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech