Alat Kebolehcapaian

 
webmel

PPP_DG9_USCS_Fasa_2.png

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) USC Sabah akan meneruskan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Sabah bermula pada 22 September 2026 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.

Urusan temu duga di Sabah akan dilaksanakan bagi opsyen seperti berikut:

SELASA, 22 SEPTEMBER 2026

Opsyen_22.09.png

RABU, 23 SEPTEMBER 2026

Opsyen_23.09.png

KHAMIS, 24 SEPTEMBER 2026

Opsyen_24.09.png

 

 

 

 

 

 

Nota: Sesetengah opsyen dijadualkan pada lebih daripada satu hari. Sila semak tarikh sebenar sesi anda melalui semakan panggilan temu duga.

Sehubungan dengan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.

Peringatan:

1.        Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

2.        Calon DIWAJIBKAN untuk memastikan salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir telah disahkan (cop sah benar) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri temu duga.

3.        Calon yang didapati mengemukakan maklumat palsu atau tidak memenuhi syarat seperti dinyatakan dalam iklan, Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi talian telefon dan e-mel berikut:

USC Sabah Contact Details v2

 

 

 

 

 

 

Harap maklum bahawa keputusan Suruhanjaya adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan atau surat-menyurat mengenai perkara ini tidak akan dilayan.