Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Blue and White Bold English Broadcast Journalism Presentation

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan pelaksanaan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2025 di Semenanjung secara berperingkat bermula 29 Julai 2025 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 24 Januari hingga 7 Februari 2025.

Urusan temu duga Siri Sebelas (XI) di Semenanjung akan dilaksanakan di negeri Kedah. 

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Sebelas (XI) di SINI.

OPSYEN

TARIKH

PILIHAN PUSAT TEMU DUGA OLEH CALON DALAM MYSPP

PUSAT TEMU DUGA

Bahasa Melayu

23-25 September 2025

Kangar, Perlis

Alor Setar, Kedah

Reka Bentuk Dan Teknologi

Pendidikan Islam

Matematik

Pulau Pinang

Pendidikan Seni Visual

Sejarah

Sains

Alor Setar, Kedah

Bimbingan Dan Kaunseling

Pendidikan Moral

Ketidakupayaan Pembelajaran (PPKI)

Geografi

Pemulihan

Reka Cipta

Al-Quran

Peringatan

Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

Bahagian Pengambilan Putrajaya (Temu Duga Semenanjung):

Contact Pengambilan