- Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga di Sabah bagi:
- urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 Opsyen Bahasa Melayu (Graduan Pendidikan Dan Bukan Pendidikan); dan
- urusan Pengambilan PPP Gred DG9 Contract Of Service (COS) Opsyen Bahasa Inggeris (Graduan Bukan Pendidikan).
- Pengambilan di Sabah ini akan dilaksanakan pada 28 Oktober 2025 hingga 31 Oktober 2025 melibatkan calon yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pengambilan seperti berikut:
Pengambilan Khas PPP Bahasa Melayu : 12 Ogos 2025 - 26 Ogos 2025
Pengambilan PPP COS : 8 Ogos 2025 – 22 Ogos 2025
- Sehubungan itu, calon boleh membuat semakanpanggilan temu duga di SINI.
- Bagi pengambilan COS opsyen-opsyen lain, temu duga akan dilaksanakan pada tahun 2026.
Peringatan
Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga
Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah: