Jawatan : Penyelia Asrama
Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Jadual Gaji :
Peringkat Gaji Minimum (RM Sebulan) Gaji Maksimum (RM Sebulan) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM
P1 928.74 2,527.73 95.00
P2 986.85 2,664.63
P3 1,046.67 2,806.39
Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [Gaji permulaan P1 : RM927.03]; dan

d. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Taraf Jawatan : Tetap
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Penyelia Asrama Gred N17 adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Fungsi Bidang / Tugas : Fungsi bidang tugas bagi Penyelia Asrama Gred N17 adalah seperti berikut:
  1. Bertanggungjawab memastikan asrama pelajar dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk para pelajar.
  2. Bertanggungjawab ke atas Pentadbiran, Inventori dan Kemudahan.
  3. Memastikan penghuni asrama mematuhi semua peraturan asrama.
  4. Skop bidang tugas meliputi:
    • Pentadbiran;
    • Perkhidmatan;
    • Penyelenggaraan Fasiliti dan Aset;
    • Keselamatan dan kebajikan; dan
    • Kawalan Kualiti.
  5. Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa.
PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEPANJANG MASA

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bagi lantikan yang mensyaratkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon yang menduduki SPM melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat- syarat seperti berikut :

  1. ulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.