2

Seperti yang telah dimaklumkan dalam hebahan bertarikh 21 Februari 2014, temu duga dan pelantikan graduan adalah berdasarkan kecemerlangan dan kekosongan jawatan mengikut keperluan opsyen. Hanya graduan yang menepati kriteria pemilihan dan mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan akan dilantik ke jawatan PPP Gred DG41.

Walau bagaimanapun bagi opsyen-opsyen yang belum terdapat keperluan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon-calon yang telah diperakukan berjaya akan dijadikan sebagai calon simpanan dengan tempoh sah laku bagi calon simpanan ini adalah selama setahun. Calon simpanan ini akan dilantik terus tanpa melalui temu duga semula apabila terdapat keperluan dan kekosongan jawatan mengikut opsyen. Namun demikian,  pelantikan ini akan dilaksanakan berdasarkan merit dan turutan keutamaan semasa temu duga.

Sekiranya tempoh sah laku calon simpanan tersebut telah tamat, calon dikehendaki membuat permohonan semula jawatan melalui Portal JobsMalaysia dan melalui proses temu duga seperti biasa jika terdapat keperluan mengikut opsyen.

 

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.