result

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi calon yang telah ditemu duga pada 14 Mac 2017 boleh semak disini. Surat Arahan penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

* Calon-calon yang berjaya adalah dipohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Cawangan Sabah dan SPP Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing. Untuk makluman, keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT adalah dipaparkan selama 6 minggu dari tarikh pengumuman dikeluarkan. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan proses berkenaan percetakan surat tawaran dan PSTT dalam tempoh tersebut. Sekiranya calon gagal mencetak surat tawaran dalam tempoh telah ditetapkan, calon dikehendaki mendapatkan surat tawaran di cawangan SPP berdekatan.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dipohon untuk menghantar emel kepada alamat emel berikut:

  1. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  2. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi pada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.