Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-masing dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan.

Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) adalah seperti berikut :

  1. PPP dan PPPT
    1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
    2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan
    3. Diperaku oleh Ketua Jabatan.
  2. AKP
    1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
    2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda;
    3. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan oleh Skim Perkhidmatan; dan
    4. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah memperakukan PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen berikut:

  1. Borang Perakuan PDP - Jadual Ketiga (Lampiran A Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018);
  2. Borang Opsyen Bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subsekyen 6A(1) Akta Pencen (Peraturan 37)-Jadual Kelima (Lampiran B) Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018);
  3. Senarai Semak Perakuan Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Lampiran C) ) Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018;
  4. Salinan Sijil Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda (PTM) dan surat pengecualian Kursus Induksi/ PTM (jika ada);
  5. Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP); dan
  6. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/ teratur dan disahkan.

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai sendiri boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan dengan mengemukakan dokumen berikut sekiranya Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai yang telah layak disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan:

  1. Senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah;
  2. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/ teratur dan disahkan;
  3. Salinan Sijil Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda (PTM) dan surat pengecualian Kursus Induksi/ PTM (jika ada); dan
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP).

Suruhanjaya boleh menjalankan satu siasatan dan mengesahkan pegawai itu layak disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Peraturan/ Pekeliling/ Surat Pekeliling yang berkaitan

  1. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 (P.U.(A) 1/2012); dan
  2. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

 

 

Pilihan W3C

Pilihan Warna:
blue green oren
Saiz Tulisan:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.