Pelanjutan tempoh percubaan diberi kepada seseorang pegawai sekiranya pegawai tersebut gagal memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi skim masing-masing dalam tempoh percubaan asalnya. Dokumen yang diperlukan adalah:
- Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan-Jadual Keempat - (Lampiran A Pekeliling SPP Bil. 2 Tahun 2018); dan
- Senarai Semak Perakuan Urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan (Lampiran B Pekeliling SPP Bil. 2 Tahun 2018)
Kategori Pelanjutan Dalam Tempoh Percubaan
Ketua Jabatan hendaklah memperakukan PTP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati perlu bagi pelanjutan dengan mengemukakan perakuan berikut:
- Pelanjutan Tanpa Denda - membolehkan pegawai menerima pergerakan gaji tahunan; dan
- Pelanjutan Dengan Denda - tiada pergerakan gaji tahunan bagi tempoh percubaan yang dilanjutkan tersebut dan tarikh pergerakan gaji tahunan berubah apabila disahkan dalam perkhidmatan.
Peraturan/ Pekeliling/ Surat Pekeliling Yang Berkaitan
- Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 (P.U.(A) 1/2012); dan
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2018 - Tatacara Pelanjutan Tempoh Percubaan.