Bermaksud pelantikan seseorang anggota perkhidmatan pendidikan ke:
- perkhidmatan awam tiap-tiap satu negeri;
- Pihak Berkuasa Berkanun;
- Pihak Berkuasa Tempatan; atau
- mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia,
untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan perkhidmatan bagi jawatan asal sebelum pegawai dipinjamkan ke agensi lain.
Peraturan/ Pekeliling/ Surat Pekeliling Yang Berkaitan
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2007 - Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap; dan
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap.