Pertukaran Pelantikan adalah proses pertukaran pegawai daripada satu pihak berkuasa melantik ke satu pihak berkuasa melantik yang lain tanpa perlu melalui proses pelantikan biasa. Pertukaran pelantikan boleh berlaku disebabkan pembubaran sesebuah agensi awam, penjumudan sesuatu skim perkhidmatan dan pemansuhan jawatan atau atas permohonan sendiri.

Syarat pertukaran pelantikan atas permohonan sendiri berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002 adalah:

  1. permohonan secara bertulis daripada pegawai;
  2. pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
  3. mendapat persetujuan daripada Ketua Jabatan agensi asal dan Ketua Jabatan agensi penerima;
  4. mendapat pelepasan pihak berkuasa melantik asal; dan
  5. pihak berkuasa melantik agensi penerima bersetuju melantik pegawai untuk berkhidmat di agensi penerima.

Peraturan/ Pekeliling/ Surat Pekeliling Yang Berkaitan

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002 - Panduan Pertukaran Pelantikan

Pilihan W3C

Pilihan Warna:
blue green oren
Saiz Tulisan:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.