Pengesahan pelantikan akan diberikan setelah menyempurnakan Pakej Setuju Terima Tawaran seperti berikut :
a. | Surat Setuju Terima Tawaran Jawatan |
b. | Laporan Pemeriksaan Doktor |
c. | Surat Akuan Sumpah (Akuan Berkanun); dan |
d. | Surat Aku Janji |
Kaedah Penetapan Tarikh Lantikan
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 menetapkan bahawa tarikh pelantikan seseorang pegawai ke dalam perkhidamatan awam ialah tarikh pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas melainkan ditentukan selainnya oleh Suruhanjaya.