BIL | DEFINISI | MAKSUD |
1. | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Tetap |
Merujuk kepada jawatan yang disandang oleh seseorang individu yang memenuhi syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan dilantik secara tetap dalam skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah seperti berikut:
|
2. | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sementara |
Merujuk kepada jawatan yang disandang oleh seseorang individu yang memiliki kelayakan diploma atau ijazah beserta kelayakan perguruan dan dilantik secara sementara dalam skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. |
3. | Calon Meningkatkan Kelayakan (CMK) |
Merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DGA29 yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa (Pengajian Jarak Jauh), memohon untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41. Terpakai penggunaan untuk lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada atau sebelum 31 Disember 2013 sahaja. |
4. | Calon Letak Jawatan |
Merujuk kepada calon yang pernah berkhidmat secara tetap dan dilantik oleh empat Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang telah meletak jawatan dengan kebenaran melalui Ketua Jabatan dan memohon untuk pelantikan ke jawatan yang setara atau lebih tinggi dari gred sebelumnya. |
5. | Calon Berpendidikan Jarak Jauh | Calon dalam kategori Pegawai Sedang Berkhidmat, mengikuti pengajian di peringkat ijazah Pertama secara pengajian Jarak Jauh. Contohnya seperti calon Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB). |
6. | Bekas Tentera/Polis | Merujuk kepada bekas Tentera / Polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik tanpa pencen serta memenuhi syarat Skim Perkhidmatan yang berkaitan. |
7. | Calon Lantikan Pertama | Merujuk kepada calon yang belum pernah berkhidmat secara tetap dengan kerajaan serta calon yang mempunyai kelayakan serta memenuhi syarat-syarat Skim Perkhidmatan yang ditetapkan. |
8. | Calon Hadir Tidak Di Temu Duga bagi Temu Duga PPP | Merujuk kepada calon yang hadir ke sesi temu duga pada tarikh yang ditetapkan tetapi tidak di temu duga kerana tidak membawa Kad Pengenalan. |
9. | Calon Sedang Berkhidmat | Merujuk kepada calon yang sedang berkhidmat di sektor kerajaan dan memohon untuk dilantik ke Skim Perkhidmatan yang lebih tinggi atau setara dengan gred asal. |
10. | Calon Sekolah Agama Negeri (SAN) | Merujuk kepada calon-calon yang sedang berkhidmat dalam Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah Agama Negeri. Mereka ini telah dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih oleh KPM dan dikemukakan kepada Suruhanjaya untuk dilantik tetap ke jawatan PPP berdasarkan kelayakan yang dimiliki. |
11. | Calon (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) | Merujuk kepada calon-calon yang sedang berkhidmat dalam Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Mereka ini telah dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih oleh KPM dan dikemukakan kepada Suruhanjaya untuk dilantik tetap ke jawatan PPP berdasarkan kelayakan yang dimiliki. Diantara mereka ada yang memasuki perkhidmatan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia secara tukar lantik oleh Suruhanjaya. |
12. | Program Pensiswazahan Guru Besar | Program Pensiswazahan Guru Besar adalah satu program yang dianjurkan oleh KPM untuk memberi peluang kepada Guru-Guru Besar di Sekolah Rendah meningkatkan kelayakan dengan mengikuti kursus ijazah pertama di IPTA tempatan. |
13. | Calon Gagal |
Calon yang tidak diperaku di dalam urusan temu duga pelantikan tetap. |
14. | Calon ditamatkan Perkhidmatan |
Calon-calon yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka dalam skim PPP disebabkan oleh :-
|
15. | Calon Lewat Mohon | Merujuk kepada calon yang lewat membuat permohonan secara dalam talian melebihi tempoh setahun tarikh melapor diri Guru Sandaran Terlatih. |
16. | Calon Peraku Bersyarat | Merujuk kepada calon yang tidak memenuhi salah satu atau semua kriteria-kriteria seperti :-
|
17. | Calon Peraku Masalah |
Perakuan kepada calon yang didapati mengalami masalah kesihatan yang boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. |
18. | Calon Peraku | Merujuk kepada calon-calon yang telah diperaku oleh Lembaga Temuduga dan telah dibawa kepada mesyuarat Suruhanjaya untuk dipersetujui dan ditawarkan pelantikan tetap. |
19. | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) KUP DG27 | Calon-calon yang telah memiliki Sijil Perguruan Asas tetapi tidak dilantik sebelum tahun 1999 kerana calon tidak memperoleh kelulusan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan calon akan diberi lantikan Khas untuk Menyandang PPPBS KUP DG27 setelah calon lulus dan memiliki keputusan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia. |
20. | Calon Yang Gagal Mengisytiharkan Kelayakan Lebih Tinggi Semasa Urusan Pelantikan Tetap | Calon yang telah ditawarkan jawatan tetap (berdasarkan kelayakan akademik yang dikemukakan semasa permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ataupun semasa Temu duga) dan kemudian mengemukakan kelayakan akademik yang lebih tinggi. |