keputusan td ppp 1

Semakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara Kontrak (Contract of Service) bagi calon yang ditemu duga oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2021 boleh dibuat di SINI.

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan nama dan nombor kad pengenalan pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sila kemukakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi alamat dalam e-mel tersebut. Suruhanjaya akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Pilihan W3C

Pilihan Warna:
blue green oren
Saiz Tulisan:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.