HEBAHAN URUSAN TEMU DUGA TAHUN 2023

checking 4

CALON- CALON TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YANG TELAH MEMILIKI IKHTISAS PENDIDIKAN & MEMPEROLEHI KEPUTUSAN SENAT TAHUN 2022

 

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AKAN MELAKSANAKAN URUSAN TEMU DUGA LANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI PROGRAM SEPERTI BERIKUT:

table page crop


 

details page crop

 

 

 

 

 

NOTIS HEBAHAN UNTUK PORTAL 3

 

11

PELAKSANAAN URUSAN TEMU DUGA BAGI GRADUAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 UNTUK PENGAMBILAN TAHUN 2022 BAGI SEMENANJUNG (SIRI KEENAM)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan melaksanakan urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk pengambilan tahun 2022 bagi Semenanjung.

Urusan temu duga Siri Terakhir di Semenanjung yang akan diadakan di Putrajaya melibatkan calon-calon yang memilih pusat temu duga di negeri-negeri berikut:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  2. Perak
  3. Selangor
  4. Negeri Sembilan
  5. Melaka
  6. Johor

Opsyen – opsyen terlibat adalah seperti berikut :

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Reka Cipta
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Keenam) di SINI.

SPP berhak untuk tidak menemuduga calon-calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan jawatan seperti yang digariskan di dalam iklan bertarikh 13 Mei 2022. Calon juga diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

 

 

 

 

 

HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAHUN 2022 – SENAT KE 61  YANG TELAH  DITEMU  DUGA PADA BULAN JULAI HINGGA SEPTEMBER 2022 UNTUK (ZON SEMENANJUNG, ZON SABAH DAN ZON SARAWAK)

 

keputusan td ppp 1

 

 

Semakan Keputusan Temu Duga Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2022 – Senat ke 61  Yang Telah  Ditemu  Duga Pada Bulan Julai hingga September 2022 Untuk (Zon Semenanjung, Zon Sabah dan Zon Sarawak) Boleh Dibuat Di SINI.

 

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

 

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

 

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

 Maklumat Tambahan:

Bagi calon yang telah ditemu duga tetapi tiada paparan maklumat semasa semakan,  sila rujuk emel yang didaftarkan di mySPP.

11

 

PELAKSANAAN URUSAN TEMU DUGA BAGI GRADUAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 UNTUK PENGAMBILAN TAHUN 2022 BAGI SEMENANJUNG (SIRI KELIMA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan melaksanakan urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk pengambilan tahun 2022 bagi Semenanjung.

Urusan temu duga Siri Kelima yang akan diadakan di George Town, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu, Terengganu, melibatkan calon-calon yang memilih pusat temu duga di negeri Pulau Pinang dan Terengganu.

Opsyen – opsyen terlibat adalah seperti berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Prasekolah
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Khas
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Seni dan Visual
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Cipta

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Kelima) di SINI.

SPP berhak untuk tidak menemuduga calon-calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan jawatan seperti yang digariskan di dalam iklan bertarikh 13 Mei 2022. Calon boleh menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Bagi temu duga opsyen-opsyen dan lokasi lain, jadual akan dihebahkan secara berasingan dari semasa ke semasa.

 

Pilihan W3C

Pilihan Warna:
blue green oren
Saiz Tulisan:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.