results

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi calon di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah ditemu duga pada 23 hingga 27 Oktober 2017 boleh disemak melalui pautan berikut mulai 11 DISEMBER 2017 (ISNIN):

https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 19 JANUARI 2018 (JUMAAT).

Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Bagi CALON BERJAYA, Surat Arahan Melaporkan Diri / Penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam masa terdekat. Sekiranya tuan/puan menerima Surat Arahan Melaporkan Diri/Penempatan, tuan/puan hendaklah mengemukakan PSTT yang telah dilengkapkan dalam tempoh 30 HARI kepada pihak jabatan untuk urusan Pengesahan Pelantikan Tetap.

 

Pilihan W3C

Pilihan Warna:
blue green oren
Saiz Tulisan:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.