soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Hebahan JPPKK

 

PENURUNAN DARIPADA SEBARANG BENTUK MEDIA SOSIAL INSTITUSI MENGENAI IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED LANTIKAN DH29/ DH41/ DH47 DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pada hari khamis (9 Mei 2019) yang lalu BKPK telah memanjangkan hebahan beserta 8 (lapan) e-poster berkaitanan Hebahan Kekosongan Jawatan PPPT melalui aplikasi Whatsapp dan disusuli dengan surat rasmi. Hasrat BKPK semasa mengeluarkan hebahan ini adalah untuk memudahkan pihak institusi mengenalpasti seterusnya mendaftarkan individu yang berminat menjadi pensyarah di politeknik dan kolej komuniti dari kalangan mereka yang sedang/pernah berkhidmat dengan mana-mana politeknik atau kolej komuniti sebagai Pensyarah Pelawat Industri (PPI), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Trainer/Mentor WBL atau Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dengan kelayakan akademik yang diperlukan.

3. Walaubagaimanapun hebahan dan 8 (lapan) e-poster tersebut telah menjadi viral di kalangan orang awam dan mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif. Google Form (http://bit.do/pppt19) yang telah dibangunkan BKPK juga telah merekodkan lebih 13 ribu pendaftaran dalam tempoh 72 jam selepas hebahan dibuat. Didapati sebahagian besar daripada pendaftaran tersebut bukanlah dari kalangan individu yang sedang/pernah berkhidmat sebagai PPI, PSH, Trainer/Mentor WBL atau AKP di politeknik/kolej komuniti. BKPK juga telah dihubungi pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) berkaitan perkara ini. Setelah berbincang dan mengambil kira kemungkinan berlaku kekeliruan dan rasa tidak puas hati di kalangan orang awam rentetan daripada hebahan tersebut, BKPK bersetuju untuk menarik balik hebahan beserta 8 (lapan) e-poster tersebut daripada sebarang bentuk media sosial rasmi institusi. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan daripada mana-mana pihak berkaitan permohonan pengisian jawatan pensyarah di politeknik dan kolej komuniti, YBrs. Dr. / Tuan / Puan boleh mencadangkan agar individu terus mendaftar di pautan http://www.jobsmalaysia.gov.my.

4. Sehubungan itu, BKPK memohon jasa baik YBrs. Dr. / Tuan / Puan meminta pegawai yang berkaitan di institusi masing-masing untuk menurunkan hebahan pengambilan jawatan PPPT beserta 8 (lapan) e-poster berkaitan daripada SEBARANG BENTUK MEDIA SOSIAL INSTITUSI berkuatkuasa serta merta.

Kerjasama daripada pihak YBrs. Dr. / Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Sumber :

Bahagian Kompetensi Dan Peningkatan Kerjaya
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.