7

KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI PELANTIKAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) GRED DH41
TEMU DUGA PADA 13 DISEMBER 2017

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 untuk penempatan politeknik di Semenanjung Malaysia yang telah ditemu duga pada 13 Disember 2017 di Putrajaya boleh disemak melalui pautan https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh 6 minggu daripada tarikh pemakluman ini. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT tidak akan dipaparkan selepas tempoh 6 minggu. Kegagalan mencetak surat tawaran dalam tempoh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.
Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kepada calon-calon yang berjaya dalam masa terdekat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Putrajaya melalui Ketua Jabatan masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas tarikh melapor diri.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.