soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

result10

Keputusan temu duga bagi Pelantikan Tetap jawatan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 CALON INTERIM DI NEGERI SARAWAK untuk sesi temu duga yang telah dilaksanakan pada 5 Februari 2018 di Kuching, Sarawak boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak SURAT TAWARAN LANTIKAN dan PAKEJ SETUJU TERIMA TAWARAN (PSTT). Untuk makluman, keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya akan dipaparkan selama enam (6) minggu dari tarikh pengumuman keputusan ini dikeluarkan. Kegagalan calon mencetak dokumen yang dinyatakan akan menyebabkan urusan melaporkan diri terganggu. Suruhanjaya tidak lagi menghantar Surat Tawaran Pelantikan kepada calon melalui pos.

Surat Penempatan bagi tujuan melaporkan diri akan dikeluarkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). Calon perlu melengkapkan PSTT dalam tempoh 30 hari dari tarikh melaporkan diri dan menghantar PSTT tersebut kepada SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, URUSETIA CAWANGAN SARAWAK melalui Ketua Jabatan menggunakan Sistem ePROPER. Sekiranya calon gagal melengkapkan PSTT, surat Tawaran Lantikan akan terbatal dengan sendiri selepas tempoh 30 hari dari tarikh calon melaporkan diri.

Selain itu, calon hendaklah mematuhi Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017 mengenai Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan Oleh Ketua Jabatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Pendidikan. Calon yang mempunyai masalah kesihatan perlu mengemukakan Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar kepada Ketua Jabatan untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya terdapat kesilapan MAKLUMAT CALON dalam surat tawaran tersebut, sila maklumkan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, URUSETIA CAWANGAN SARAWAK dengan segera melalui e-mel (i) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan (ii) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Calon perlu mengemukakan maklumat untuk dihubungi dalam e-mel yang dihantar bagi memudahkan urusan pembetulan maklumat dilakukan.

interview2

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan mengadakan urusan temu duga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 mulai 6 hingga 14 Februari 2018 untuk penempatan di Negeri Sarawak bagi bidang-bidang pengkhususan seperti berikut:

  1. Kewangan dan Perbankan Islam;
  2. Kesetiausahaan/Pengurusan dan Teknologi Pejabat;
  3. Sistem Komputer dan Rangkaian
  4. Teknologi Elektrik (Pemasangan & Pekhidmatan);
  5. Kejuruteraan Mekanikal;
  6. Teknologi Senibina;
  7. Pelancongan & Pengembaraan;
  8. Kulinari;
  9. Fesyen & Pakaian;
  10. Pendidikan Islam; dan
  11. Bahasa Inggeris.

Calon-calon yang dipanggil temu duga HENDAKLAH:

Memuat turun, mencetak, melengkapkan dan membawa

  1. SLIP PANGGILAN TEMU DUGA
  2. SENARAI SEMAK serta dokumen-dokumen yang berkaitan (asal dan salinan)
  3. BORANG MAKLUMAT serta sekeping gambar berukuran passport

Kegagalan membawa dokumen yang dinyatakan boleh mengakibatkan urusan temu duga dibatalkan.

Sila semak status panggilan temu duga memlalui pautan ini SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA .

interview3

 

Panggilan temu duga bagi calon interim sarawak untuk lantikan ke jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan(PPP) Gred DG41 akan dilaksanakan di Sarawak pada 5 Februari 2018. Calon boleh menyemak maklumat panggilan temu duga di sini. Calon adalah diingatkan untuk membawa dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak yang telah ditetapkan.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.