results

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi calon di negeri Sarawak yang telah ditemu duga pada 16 hingga 25 Oktober 2017 boleh disemak melalui pautan berikut mulai 8 DISEMBER 2017 (JUMAAT):

https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 4 JANUARI 2018 (KHAMIS). Kegagalan mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan PSTT selewat-lewatnya pada tarikh 4 JANUARI 2018 (KHAMIS) ini akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan dokumen yang diperlukan semasa melaporkan diri dan menyukarkan proses lapor diri tuan/puan. Untuk makluman, Suruhanjaya TIDAK LAGI menghantar Surat Tawaran Pelantikan dan PSTT kepada calon secara pos. Tawaran hanya dilaksanakan secara dalam talian dan mempunyai had masa cetakan sehingga 4 JANUARI 2018 (KHAMIS) sahaja.

Bagi CALON BERJAYA, Surat Arahan Melaporkan Diri/Penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam masa terdekat. Sekiranya tuan/puan menerima Surat Arahan Melaporkan Diri/Penempatan, tuan/puan hendaklah mengemukakan PSTT yang telah dilengkapkan dalam tempoh 30 HARI kepada pihak jabatan untuk urusan Pengesahan Pelantikan Tetap:

1.

Secara manual bagi penempatan di Sekolah Bukan PTJ:

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

URUS SETIA CAWANGAN SARAWAK

Aras 3, Bangunan Lee Onn

Lot 1546, Blok 17, KCLD

Jalan Lapangan Terbang

93250 Kuching

Sarawak

2.

Secara dalam talian bagi penempatan di JPN Sarawak, PPD dan Sekolah Berstatus PTJ

https://teratai.spp.gov.my/eproper/ks_user/login.php

Bagi calon yang mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017: Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan Oleh Ketua Jabatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Pendidikan yang berkuat kuasa mulai pada 14 Ogos 2017.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.