graduate

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) lepasan Universiti Awam yang telah menamatkan pengajian adalah dimohon untuk mengisi dan mengemaskini JobsMalaysia dengan mengisi pengkhususan/opsyen yang tepat dan betul [contoh:PENDIDIKAN(MATEMATIK)]. Maklumat lanjut mengenai pengemaskinian JobsMalaysia boleh dilayari di portal.spp.gov.my atau di laman sesawang JobsMalaysia. Panggilan temu duga adalah berdasarkan kekosongan jawatan mengikut keperluan opsyen yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hanya graduan yang menepati unjuran kekosongan jawatan mengikut keperluan opsyen dan mengisi JobsMalaysia dengan pengkhususan/opsyen yang tepat dan betul sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.