result1

KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI PELANTIKAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA CALON NEGERI KEDAH, PULAU PINANG DAN PERLIS

TEMU DUGA PADA 9 HINGGA 12 OKTOBER 2017

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi calon Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang telah ditemu duga pada 9 hingga 12 Oktober 2017 di negeri Kedah boleh disemak di https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 5 Januari 2018. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri. 

Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya dalam masa terdekat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Putrajaya melalui Ketua Jabatan masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas tarikh melapor diri.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.