interview1

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan mengadakan urusan temu duga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 untuk penempatan politeknik di Semenanjung Malaysia yang akan diadakan pada 13 Disember 2017. Calon-calon yang dipanggil temu duga pada kali ini adalah terdiri daripada calon yang mempunyai kelayakan dari bidang-bidang seperti Perkapalan, Insuran, Teknologi Makanan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Pelancongan, Akuakultur, Petrokimia/ Kimia & Proses, Kesetiausahaan, Rekabentuk Grafik & Media serta Agroteknologi.

 

Sila ambil perhatian, berikut merupakan TINDAKAN PENTING yang perlu calon lakukan!!!

Calon-calon yang dipanggil temu duga HENDAKLAH :

Memuat turun, mencetak, melengkapkan dan membawa

1. SLIP PANGGILAN TEMU DUGA 

2. SENARAI SEMAK serta dokumen-dokumen yang berkaitan (asal dan salinan)

3. BORANG MAKLUMAT serta sekeping gambar berukuran pasport

Kegagalan membawa dokumen yang dinyatakan boleh mengakibatkan urusan temu duga dibatalkan.

Sila semak status panggilan temu duga melalui pautan ini SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.