result1

KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI PELANTIKAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA CALON NEGERI JOHOR, KELANTAN DAN PAHANG

TEMU DUGA PADA 18 SEPTEMBER HINGGA 5 OKTOBER 2017

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi calon Negeri Johor, Kelantan dan Pahang yang telah ditemu duga pada 18 September hingga 5 Oktober 2017 di negeri Johor, Kelantan dan Pahang boleh disemak di pautan https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 25 Disember 2017. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya dalam masa terdekat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Putrajaya melalui Ketua Jabatan masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas tarikh melapor diri.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.