soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2 | petalaman3

panggilan

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi opsyen seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2016.Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406. Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan daftar permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Jawatan/ Gred Jawatan    : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Kementerian                        : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana                                                        (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Klasifikasi                            : Perkhidmatan Pendidikan

Jadual Gaji                           :

Gred Gaji

Gaji Minimum

 (RM)

Gaji Maksimum

(RM)

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM)
DG41 1,917.00 8,652.00 225.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG29

(i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau

(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).

(d) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau

(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau

(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).

Syarat-syarat Lain

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.0;
  2. Lulus Ujian Psikometrik;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah;
  4. Sihat tubuh badan;
  5. Aktif dalam aktiviti kokurikulum; 
  6. Tiada rekod jenayah dan bukan seorang bankrap; dan
  7. Berumur 22 hingga 35 pada tarikh tutup iklan jawatan.

Taraf Jawatan : Tetap

LAMPIRAN A

Senarai Opsyen Sekolah Menengah

 

BIL. OPSYEN
SABAH SARAWAK
1 BAHASA ARAB BAHASA MELAYU
2 BAHASA CINA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3 BAHASA INGGERIS GEOGRAFI
4 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEMAHIRAN HIDUP
5 KEJURUTERAAN AWAM PENDIDIKAN ISLAM
6 KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
7 MULTIMEDIA MASALAH PEMBELAJARAN
8 PENDIDIKAN ISLAM MASALAH PENDENGARAN
9 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MASALAH PENGLIHATAN
10 MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
11 MASALAH PENDENGARAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
12 MASALAH PENGLIHATAN PENGAJIAN MALAYSIA
13 PENDIDIKAN MORAL SAINS RUMAH TANGGA
14 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SAINS PERTANIAN
15 PENGAJIAN MALAYSIA SEJARAH
16 SAINS RUMAH TANGGA SENI
17 SAINS PERTANIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
18 SENI  
19 SENI DAN SENI REKA
20 TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN B

Senarai Opsyen Sekolah Rendah

 

BIL. OPSYEN (SARAWAK)
1 BAHASA CINA
2 BAHASA INGGERIS
3 MUZIK
4 PEMULIHAN
5 PENDIDIKAN ISLAM
6 PENDIDIKAN JASMANI
7 PENDIDIKAN SENI VISUAL
8 PRA - SEKOLAH

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.