soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2 | petalaman3

imterview

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak atau Psikologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan lain-lain syarat skim perkhidmatan yang akan ditempatkan di Pusat PERMATA Negara seluruh Malaysia, kini  dibuka kepada sesiapa yang berminat. Calon yang berjaya akan dilantik berkhidmat secara kontrak selama 6 hingga 12 bulan dan calon yang berkhidmat secara cemerlang selepas 6 hingga 12 bulan akan diperaku untuk lantikan tetap.

Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 3 Oktober 2016. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui portal JobsMalaysia(www.jobsmalaysia.gov.my).

Untuk makluman, keutamaan pelantikan akan diberikan kepada calon-calon yang telah memenuhi syarat skim perkhidmatan (rujuk portal SPP) dan kriteria berikut:

(i) Wanita sahaja:

(ii) mempunyai pengalaman menguruskan kanak-kanak yang berumur empat (4) tahun ke bawah; dan

(iii) mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi dan sanggup melayani karenah kanak-kanak yang berumur empat (4) tahun ke bawah.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.