Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:  Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29 Selanjutnya

Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia  Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut: 

a.
lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di   peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b.
lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c.
memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan

 

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 Selanjutnya
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 Selanjutnya
Penyelia Asrama Gred N19 Selanjutnya
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 Selanjutnya
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 Selanjutnya
Pembantu Makmal Gred C19 Selanjutnya

 

Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR), calon berkenaan perlu memiliki keputusan seperti berikut: 

a.
mendapat sekurang-kurangnya peringkat 'D' dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan
b.
bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan 'kepujian' dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya di peringkat SRP calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 'C' dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR.

 

Pembantu Operasi Gred N11 Selanjutnya
Pemandu Kenderaan Gred H11 Selanjutnya

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.