soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2 | petalaman3

Perkhidmatan Kaunter Pelanggan Oktober 2017

 amatbaik
AMAT BAIK90%
 memuaskan
MEMUASKAN90%
 xmemuaskan
TIDAK MEMUASKAN0%

 

Bahagian Dasar Dan Perancangan

Bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan dasar serta menjalankan kajian ke arah pengukuhan SPP :

Fungsi Bahagian

  • Mengkaji dasar yang berkaitan urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/ pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib;
  • Menyedia dan menyelaras pelaksanaan Perancangan Strategik SPP;
  • Mengumpul keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat Jemaah Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Peguam Negara;
  • Menyelaras Sasaran Kerja Tahunan (SKT) setiap bahagian; Bertanggungjawab ke atas semua urusan Parlimen berkaitan SPP; dan
  • Menyediakan Laporan Tahunan SPP.

Bahagian Pengambilan Guru

Bertanggungjawab menguruskan pelantikan tetap bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan DG29 di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fungsi Bahagian

  • Menguruskan permohonan dan urusan temu duga; dan
  • Menguruskan tawaran pelantikan.

Bahagian Pengambilan Bukan Guru

Bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan pengambilan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Pelaksana

Fungsi Bahagian

  • Menyediakan maklumat berhubung penyiaran iklan permohonan sepanjang masa bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Pelaksana
  • Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim perkhidmatan
  • Menguruskan permohonan dan urusan temu duga
  • Menguruskan tawaran dan pengesahan pelantikan

Bahagian Perkhidmatan

Bahagian Perkhidmatan bertanggungjawab menguruskan urusan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia seperti yang berikut:

  • Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
  • Pelanjutan Tempoh Percubaan;
  • Pemberian Taraf Berpencen;
  • Penamatan perkhidmatan;
  • Pertukaran pelantikan;
  • Pelantikan secara pertukaran sementara/ peminjaman/ pertukaran tetap;
  • Pelantikan kontrak;
  • Kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulu.

Piagam Pelanggan

Keputusan urusan perkhidmatan dimaklumkan tidak lewat daripada enam minggu dari tarikh perakuan lengkap diterima.

Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib

Fungsi Bahagian

  • Melaksanakan urusan-urusan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja dan turun pangkat bagi PPP Gred 41 dan ke atas.
  • Menguruskan rayuan tatatertib PPP dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Menguruskan kenaikan pangkat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
  • Menguruskan rayuan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Peraturan-Peraturan yang Berkaitan

  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - [P.U.(A) 395]
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 - [P.U.(A) 246]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 - [P.U.(A) 458]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan (Pindaan) 2010 - [P.U.(A) 25]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 - [P.U.(A) 75]

Bahagian Pengurusan Maklumat

Menyediakan prasarana dan khidmat sokongan ICT bagi menyokong pelaksanaan fungsi SPP.

Fungsi Bahagian

Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan seperti yang berikut:-

  • Membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) SPP;
  • Membangun dan memantau pematuhan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) SPP;
  • Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi SPP;
  • Membangun dan menyelenggara Portal SPP;
  • Memastikan keselamatan dan kawalan ICT terjamin;
  • Merancang dan melaksanakan perolehan ICT;
  • Merancang dan melaksanakan latihan penggunaan sistem aplikasi SPP;
  • Merancang dan mengurus aset ICT SPP;
  • Menguruskan pusat data SPP; dan
  • Menyediakan khidmat bantuan teknikal berkaitan ICT

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan perhubungan awam dengan efisien dan teratur bagi pegawai dan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Fungsi Bahagian

  • Menguruskan hal-ehwal perkhidmatan, pengurusan personal, pengurusan prestasi dan tatatertib. Merancang, melaksanakan dan memantau program latihan dalaman dan luaran.
  • Menguruskan kewangan Jabatan.
  • Menguruskan aspek pentadbiran am pejabat, pengurusan aset, keselamatan, penyelenggaraan, keperluan logistik dan perhubungan awam.
  • Menyelaras pelaksanaan modul/submodul aplikasi HRMIS.

Bahagian Keurusetiaan

Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama SPP dan menguruskan hal ehwal Anggota Suruhanjaya secara cekap dan berkesan.

Fungsi Bahagian

  • Mengurusetiakan:Menyelaraskan Kertas-Kertas Suruhanjaya
    • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (MSJ);
    • Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan (MLRTT);
    • Mesyuarat Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (MLRKP); dan
    • Mesyuarat Search Committee SPP (MSC).
  • Menyelaraskan Kertas-Kertas Suruhanjaya
  • Menguruskan Hal Ehwal Anggota Suruhanjaya.

Unit Integriti

Fungsi Unit

  • Pengukuhan integriti dan tadbir urus.
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) SPP.
  • Pematuhan terhadap peraturan semasa yang berkuat kuasa.
  • Pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tata kelakuan dan etika di SPP.

Urus Setia Cawangan Sabah dan Sarawak

Fungsi Urus Setia Cawangan

Melaksanakan urusan pengambilan dan perkhidmatan APP di Sabah dan Sarawak seperti berikut:

  • Menubuhkan Lembaga Permulaan untuk membuat tapisan terhadap calon-calon APP yang telah mengemukakan permohonan bagi tujuan panggilan temu duga.
  • Menguruskan pelaksanaan temu duga bagi calon-calon APP dan memperakukan senarai calon Berjaya bagi tujuan tawaran lantikan ke dalam perkhidmatan pendidikan.
  • Menguruskan tawaran pelantikan calon APP yang berjaya dalam temu duga.
  • Menyemak dan memperakukan urusan Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT), PDP, PTB dan PTP APP serta rayuan berkaitan urusan tersebut.
  • Menguruskan pelantikan kontrak dan urusan tukar lantik bagi APP.
  • Menguruskan kes penamatan perkhidmatan APP.
  • Memberikan khidmat sokongan dalam urusan temu duga seperti logistik kepada Ahli Suruhanjaya, Pengerusi dan Wakil Jabatan.

Menguruskan hal ehwal pentadbiran cawangan seperti berikut:

  • Menguruskan hal ehwal perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia.
  • Merancang, melaksanakan dan memantau program latihan dalaman dan luaran.
  • Menguruskan kewangan Pejabat Cawangan.
  • Menguruskan aspek pentadbiran am pejabat, pengurusan aset, keselamatan, penyelenggaraan, keperluan logistik dan perhubungan awam.

Melaksanakan aktiviti pengurusan maklumat seperti berikut:

  • Memastikan keselamatan dan kawalan ICT serta pematuhan terhadap Dasar Keselamatan ICT (DKICT) peringkat cawangan.
  • Menguruskan penyelenggaraan sistem aplikasi, network dan aset fizikal ICT.
  • Memberikan khidmat sokongan teknikal kepada pelanggan, stakeholder dan warga kerja yang menggunakan aplikasi perkhidmatan SPP.
Image kosong
YBHG. DATUK SUHAIMI BIN JUSOH
SETIAUSAHA
TSU_Radzi
TSU_Tarmizi
MD RADZI BIN HASHIM AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA
TIMBALAN SETIAUSAHA TIMBALAN SETIAUSAHA
(PENGAMBILAN & PERKHIDMATAN) (PENGURUSAN)

 

Soal Selidik Statistik Kepuasan Pelanggan Tahun 2017

Soal Selidik Statistik Kepuasan Pelanggan Tahun 2017

 

Pelaksanaan kaji selidik untuk tahun 2017 telah tamat.

Laporan Statistik Kepuasan Pelanggan

Bil Tajuk
Muat Turun
1 Laporan Statistik Kepuasan Pelanggan SPP Tahun 2017   Muat Turun
2 Laporan Statistik Kepuasan Pelanggan SPP Tahun 2016   Muat Turun

Maklumbalas Cadangan Penambahbaikan

Bil Borang Muat Turun
1 Maklum Balas Cadangan Penambahbaikan 2017   Muat Turun
2 Maklum Balas Cadangan Penambahbaikan 2016   Muat Turun
 

 

 

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.