PERKHIDMATAN |
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
1. |
Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan? |
Mengikut Sistem Saraan Malaysia, seseorang pegawai boleh disahkan ke dalam perkhidmatan setelah menjalani tempoh percubaan selama satu hingga tiga tahun dan memenuhi syarat-syarat pengesahan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan di dalam surat tawaran (termasuk lulus peperiksaan perkhidmatan sebagaimana ditetapkan oleh ketua jabatan sekiranya ada dan tapisan keselamatan). |
2. |
Apakah syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan? |
- Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun;
- Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Transformasi Minda;
- Lulus peperiksaan perkhidmatan (bagi AKP); dan
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
|
3. |
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan? |
Perakuan lengkap urusan PDP ialah:
- Borang Perakuan PDP - Jadual Ketiga (Lampiran A Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018);
- Borang Opsyen Bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subsekyen 6A(1) Akta Pencen (Peraturan 37)-Jadual Kelima (Lampiran B) Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018);
- Senarai Semak Perakuan Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Lampiran C) ) Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018
- Salinan Keputusan Kursus Induksi/ Program Transformasi Minda/ Pengecualian Kursus Induksi;
- Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP); dan
- Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/ teratur dan disahkan.
|
4. |
Apa yang perlu dilakukan sekiranya belum disahkan dalam perkhidmatan? |
Ketua Jabatan bagi anggota yang tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan permohonan bagi Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) anggota kepada SPP dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja tamat tempoh percubaan maksimum atau genap 36 bulan perkhidmatan (Perenggan 9 Pekeliling SPP Bil. 2 Tahun 2018). |
5. |
Siapakah yang layak menerima pemberian taraf berpencen (PTB)? |
Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya tidak memilih skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira. Secara umumnya, tarikh PTB ditetapkan pada satu hari bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan. |
6. |
Apakah dokumen yang diperlukan untuk memproses (PTB)? |
- Borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen (peraturan 38)-Jadual Keenam (Lampiran A) Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2018);
- Senarai Semak Perakuan Urusan Pemberian Taraf Berpencen (Lampiran B) Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2018) dan
- Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/ teratur dan disahkan.
|
7. |
Bagaimanakah penetapan tarikh lantikan saya dibuat? |
a. |
Bagi jawatan PPP, tarikh lantikan adalah tarikh penempatan atau tarikh lapor diri bertugas mengikut tarikh mana yang terkemudian. |
|
|
b. |
Bagi jawatan PPPT dan AKP, tarikh lantikan adalah berdasarkan tarikh lapor diri bertugas. |
8. |
Sekiranya saya berjaya dalam temu duga, di manakah saya akan ditempatkan? |
Penempatan tempat bertugas adalah terletak di bawah bidang kuasa Ketua Perkhidmatan di (KPM) Calon mungkin ditempatkan bertugas sama ada di Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Politeknik, Kolej Komuniti atau di bahagian-bahagian di KPM sendiri. |
9. |
Bolehkah pemeriksaan perubatan dibuat di klinik/hospital swasta? |
Boleh asalkan pemeriksaan perubatan tersebut dilakukan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar. Walau bagaimanapun, kos/caj yang dikenakan di bawah tanggungjawab sendiri. |
10. |
Apa akan berlaku sekiranya saya diperaku tidak sihat? |
Suruhanjaya boleh membatalkan tawaran sekiranya calon menghidap masalah kesihatan yang tidak terkawal (severe).
Rujuk Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017 |
11. |
Sebagai PTJ yang menguruskan e-proper apakah Pekeliling yang perlu dirujuk berkaitan masalah kesihatan |
Ketua Jabatan hanya boleh menerima calon Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) melapor diri bertugas sekiranya calon tersebut mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan dan diperaku sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.
Rujuk:
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017
- Surat edaran Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bertarikh 4 Julai 2018
|
12. |
Perlukah saya menghantar Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) kepada Suruhanjaya? |
Tidak Perlu. Merujuk kepada Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 5 Tahun 2018, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan permohonan melalui system e-proper bagi mendapatkan pengesahan pelantikan. |
13. |
Bolehkah saya menghantar sebarang dokumen berkaitan perkhidmatan tanpa melalui Ketua Jabatan? |
Tidak Boleh. Semua urusan adalah rasmi dan perlu dibuat melalui Ketua Jabatan. |
14. |
Bagaimanakah penetapan gaji permulaan saya dibuat? |
Penetapan gaji permulaan dibuat:
- mengikut kelayakan akademik sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatan;
- bagi calon yang sedang berkhidmat tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut, maka gaji permulaan akan ditetapkan pada mata gaji yang lebih tinggi dan paling hampir yang perbezaannya tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad kepada mata gaji maksimum jawatan baru sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 25(7) dan (8) dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
|
15. |
Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya setelah dilantik lebih rendah dari elaun bulanan yang saya perolehi sewaktu saya dalam jawatan Guru Sandaran Terlatih (GST). |
Elaun bulanan yang diterima semasa berkhidmat sebagai GST tidak diambil pertimbangan untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi. Penetapan gaji yang lebih tinggi dengan mengambil kira gaji akhir di jawatan lama hanya diperuntukkan kepada pegawai dalam jawatan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja. Walau bagaimanapun, pengalaman berkhidmat sebagai GST (iaitu dikira dari tarikh memperolehi kelayakan penuh) boleh diambil kira untuk penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi. |
16. |
Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya tidak berdasarkan kelayakan sijil/ijazah yang saya miliki. Apa yang perlu saya lakukan? |
Sila kemukakan rayuan melalui dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya bersama nilai taraf kelayakan sijil/ijazah tersebut yang diperolehi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). |
17. |
Sebelum saya dilantik ke jawatan PPP/PPPT/AKP, saya telah berkhidmat tetap dengan kerajaan. Saya dapati bahawa gaji yang ditawarkan kepada saya lebih rendah daripada jawatan saya sebelum itu. Apakah yang perlu saya lakukan? |
Sila kemukakan rayuan melalui dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya bersama salinan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) yang telah dikemaskini.
|
18. |
Saya memiliki kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Sekiranya saya dilantik, adakah saya akan ditawarkan gaji yang lebih tinggi. |
Calon yang memiliki Kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) layak untuk diberikan gaji yang lebih tinggi seperti yang telah digariskan melalui Pekeliling Perkhidmatan bil. 1 Tahun 2016 seperti berikut :
- diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi jawatan PPP sebagaimana yang diperuntukan dalam skim perkhidmatan bagi lantikan mulai 1 Januari 2014.
- diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi jawatan PPPT sebagaimana peruntukan dalam skim perkhidmatan tertakluk kelayakan tersebut diiktiraf oleh kerajaan.
|