soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2 | petalaman3

keputusan td ppp 2
HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) (CALON PERAKU SEMULA TEMU DUGA TAHUN 2020) – (PENILAIAN SECARA VIDEO RAKAMAN)

 

Hebahan semakan keputusan temu duga bagi calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) (calon peraku semula temu duga tahun 2020) – boleh semak di SINI.

 

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

 

 

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon dimohon untuk menghantar e-mel kepada alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.