interview2

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan mengadakan urusan temu duga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi pengajar Interim Negeri Sabah yang akan diadakan pada 10 Oktober 2018.

Sila ambil perhatian, berikut merupakan TINDAKAN PENTING yang perlu calon lakukan.

Calon-calon yang dipanggil temu duga HENDAKLAH :

Memuat turun, mencetak, melengkapkan dan membawa

1. SLIP PANGGILAN TEMU DUGA 

2. SENARAI SEMAK serta dokumen-dokumen yang berkaitan (asal dan salinan)

Kegagalan membawa dokumen yang dinyatakan boleh mengakibatkan urusan temu duga dibatalkan.

Sila semak status panggilan temu duga melalui pautan ini SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.