download

Keputusan temu duga bagi pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk calon lepasan IPGM, bagi sesi temu duga yang telah diadakan bermula pada 29 Oktober  2018 hingga 9 November 2018 boleh disemakdi sini.

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

Calon yang berjaya perlu memuat naik, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja dari tarikh hebahan ini dibuat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti di dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dimohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaituAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.