 |
Urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) akan diselesaikan dalam tempoh lapan (8) minggu dari tarikh permohonan lengkap. |
Urusan pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) akan diselesaikan dalam tempoh 10 minggu dari tarikh permohonan lengkap. |
Pemakluman keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) akan dikeluarkan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir keseluruhan siri temu duga diadakan. |
Pemakluman keputusan temu duga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh akhir keseluruhan zon temu duga diadakan. |
 |
Keputusan urusan pengesahan lantikan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pakej setuju terima tawaran lengkap diterima. |
Keputusan urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) akan dimaklumkan dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh perakuan lengkap diterima. |
 |
Surat keputusan Tindakan Tatatertib Am Suruhanjaya dikeluarkan kepada pegawai dalam tempoh lapan (8) minggu setelah representasi pegawai, ulasan Ketua Jabatan dan dokumen berkaitan lengkap diterima. |
Surat keputusan Rayuan Tatatertib Suruhanjaya dikeluarkan kepada pegawai dalam tempoh enam (6) minggu setelah surat rayuan dan dokumen berkaitan lengkap diterima. |
 |
Pemakluman akuan penerimaan aduan yang diterima melalui emel dalam tempoh satu (1) hari bekerja. |
Maklum balas ke atas aduan diberikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja. |
Pembayaran bil dalam tempoh 14 hari daripada bil lengkap diterima. |
 |
Memastikan ketersediaan capaian kepada Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sekurang-kurangnya 95%. |
 |
Minit Mesyuarat Suruhanjaya diedarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh mesyuarat. |
Keputusan dasar dimuat naik ke dalam sistem e-Ruling dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas minit Mesyuarat Suruhanjaya disahkan. |